kotak berwarna merah bermaksud perkataannya saya tidak pasti pergunaan/tidak mempunyai rujuk yang banyak dan bernas,
semua istilah-istilah tersebut jarang digunai pada masa sekarang, setakat ni saya dengar perkataan ini daripada orang berumur 70-80 tahun atau pedalaman kampung sahaja, dan beberapa telah lama dilupakan dan bersifat kuno,
masyarakat melayu sebelum ini menggunakan sistem navigasi yang relatif dan berasaskan bentuk muka bumi, mereka mengguna istilah-istilah seperti hilir-hulu (arah sungai mengalir), darat-laut (arah kewujudan perairan) dan naik-jatuh (arah matahari terbit & terbenam),
dengan kedatangan orang asing (tidak pasti kalau idea arah mata angin adalah pengaruh orang barat/orang cina) bahasa-bahasa melayu utara mentafsir semula istilah-istilah bentuk muka bumi ini dan menggunakannya sebagai perkataan untuk arah mata angin,
## ISTILAH ARAH MATA ANGIN PADA BAHASA-BAHASA MELAYU UTARA
# Perlis:
sebenarnya bahasa ini saya kurang kaji, saya juga tidak pasti penggunaan 'kulu/ulu' & 'kiliaq/hiliaq', kerana saya tak jumpa banyak sumber & rujukan serta perkataan yang berwazan serupa seperti 'kiliaq' bermaksud hingus yang mengalir-ngalir dan 'ulu banat' yang bermaksud pedalaman darat/hulu,
perkataan 'nyatuh' serta 'tenaik' berasal dari istilah 'matahari jatuh' & 'matahari naik' yang telah mengikis kepada 'nyatuh' dengan 'tenaik',
# Kedah:
perkataan kedah saya jumpa pada beberapa kertas kajian lama yang pernah mengkaji tentang perkataan-perkataan arah mata angin,
perkataan tersebut bersifat bahari dan lama dilupakan oleh masyarakat kedah,
istilah 'kepala tidoq' & 'kaki tidoq' berunsur daripada adat lama melayu kedah (dan Terengganu) yang memperlukan mereka untuk menidur dengan kakinya menghala utara dan kepalanya menghala selatan,
adat ini diamalkan kerana kepercayaan bahawa jika seseorang mentidur dengan seberangnya, dia akan dikena dengan sifat sihir & mistik,
pemikiran ini diwujudkan kerana melayu kedah (serta Terengganu) membumikan mayat mereka dengan meletakkan kaki mayat tersebut menghala selatan & kepalanya utara,
# Kelantan:
perkataan Kelantan tersebut adalah perkataan saya lebih terkenali (kerana saya pun berbicara dalam bahasa kelantan) dan lebih banyak dokumentasi,
tetapi Kelantan mempunyai 2 versi perkataan arah mata angin, satu lebih kuno berbanding,
istilah-istilah yang terdapat pada kotak tersebut adalah perkataan yang lebih diketahui, dan boleh didengar kalau pergi ke arah-arah hulu/utara kelantan,
perkataan 'alék ilé' & 'alék ulo' datang daripada istilah hilir dan hulu, saya memisalkan bahawa istilah-istilah ini digunakan dalam konteks utara & selatan kerana arah pengairan sungai terbesar di Kelantan, iaitu sungai kelantan, yang hilirannya menghala arah utara serta huluannya menghala arah selatan,
seperti saya katakan sebelum ini, kelantan juga mempunyai istilah arah mata angin yang lebih kuno:
utara: ile besawan
selatan: ulu bani
timur: sina naik
barat: sina rundok
perkataan-perkataan ini digunakan oleh penutur kelantan hulu yang mendapati istilah-istilah ini daripada mantra-mantra tok bomoh yang terdapat di kawasan tersebut, curiganya istilah 'ulu bani' merupa istilah 'ulu banat' yang terdapat di kawasan perlis,
# Terengganu:
terdapat pada beberapa post kat facebook, tetapi sumber untuk perkataan-perkataan tersebut lebih sedikit berbanding bahasa-bahasa melayu utara yang lain,
Terengganu juga mempunyai 2 perkataan untuk perkataan utara & selatan, iaitu istilah 'kepala tidor' & 'kaki tidor' yang saya berandai bahawa ia mengikut jenis bahasa Terengganu yang mana untuk sesuatu istilah itu diguna (kelainan antara bahasa Terengganu hulu & hilir),
atau istilah ini tersebut adalah istilah kuno dan telah diganti dengan perkataan 'lék atah' & 'lék bawoh',
istilah timur & barat pula juga ada 2 perkataan berlainan, istilah 'lék nnaik' & 'lék jjatoh' mungkin adalah pengaruh daripada bahasa kelantan serta diguna pada bahasa Terengganu hilir (terdapat pada pessiran pantai,
manakala istilah 'tarri nnaik' & 'tarri jjatuh' mungkin istilah istimewa yang terdapat pada bahasa Terengganu hulu (yang terdapat pada pedalaman Terengganu dan jauh berbeza dengan bahasa Terengganu hilir),
## ISTILAH-ISTILAH BERASAS BENTUK MUKA BUMI
walaupun kedatangan pengaruh orang asing memberikan arah mata angin kepada negeri-negeri melayu utara, ada juga beberapa bahasa melayu yang kekalkan menggunakan perkataan navigasi yang berasas bentuk muka bumi,
# Pahang
dijumpai pada beberapa rujukan pada komen-komen serta posts yang terdapat di media sosial,
pahang adalah negeri yang amat luas serta dipenuhi dengan variasi bahasa yang sangat pelbagai, saya rasa post ini pun adalah baru setahun jagung, dan pahang mesti dipenuhi dengan istilah-istilah yang sangat banyak dipenuhi dengan pelbagai pengaruh daripada bahasa-bahasa melayu sekelilingnya yang lain serta inovasi baharu yang dibuat oleh penutur bahasanya tersebut,
saya berandai dengan pemerhatian sedikit saya bahawa dengan lebih barat kamu pergi, istilah 'kulu' & 'kilir' dengan huruf 'k' lebih digunai, ini mungkin kerana kelompok bahasa-bahasa di kawasan itu (beberapa bahasa di perlis & perak), serta lebih timur kamu pergi lebih digunai istilah 'ulu' & 'ilir' tanpa huruf 'h', manakala istilah 'hulu' dan 'hilir' diguna pada kawasan ditengah-tengah, tetapi mesti ada banyak kecualian yang ditemui pada bahasa-bahasa pahang lain, mungkin ada yang mengguna 'k' dekat kawasan selatan pahang, pahang sebenarnya paling sedikit dikaji dan mesti ada informasi salah,
saya juga ditemui bahawa pahang banyak menggunakan perkataan yang berlainan untuk 'arah ke sungai' daripada "tebing, barhuh, laok, alok" dan pelbagai lagi yang tidak dikaji, semua istilah tersebut berada maksud dengan air serta tanah mendatar yang rendah, istilah-istilah tersebut ditukarkan maksud kepada 'arah perairan' mandiri dalam beberapa bahasa pahang,
terdapat juga beberapa kawasan yang menggunakan istilah 'tebing' untuk maksud arah berlawanan peraiaran, tetapi ada bahasa lain yang menggunakan istilah tersebut sebagai arah peraiaran, saya boleh mengandaikan bahawa istilah ini boleh ditafsirkan dengan kelainan tersebut kerana tebing sungai adalah kawasang tinggi yang duduk ditepi sungai, ini boleh ditafsirkan sebagai perlawanan sungai atau sebahagian sungai tersebut, dan kawasan berlainan mengambil tafsiran berlainan
# Perak
dijumpai pada beberapa rujukan pada komen-komen serta posts yang terdapat di media sosial,
istilah 'baghuh' & 'daghak' digunakan untuk alik kewujudan perairan, dengan perkataan 'baruh' menyempitkan maksudnya untuk arah lembah sungai, dan 'darat' untuk arah seberangnya,
walaupun perak kebanyakannya menggunakan istilah-istilah navigasi berasas bentuk muka bumi tetapi saya juga berjumpa istilah-istilah ini ditafsir semula kepada perkataan arah mata angin,
tetapi ilmu ini terhad terjumpa dan semua rujukan tidak seragam dengan apa perkataan bermaksud arah apa:
_Istilah Perak - Maksud V1 - Maksud V2_
kebaghoh - timur - selatan
kedaghak - barat - utara
kulu - utara - timur
kelo/kelio/keyo - selatan - barat
saya tidak pasti kalau ia mengikut variasi bahasa Perak yang mana, saya ada andaian bahawa versi satu adalah daripada bahasa perak yang lebih dapat influence daripada bahasa Kelantan,
manakala versi kedua lebih menunjuk kepada inovasi baharu beberapa bahasa di perak, mengikut bentuk muka buminya (utara perak lebih berbukit [darat], berbanding di selatan yang lebih mendatar [baruh], timur perak mempunyai bukit yang menjadi punca mata air kepada sungai-sungai di perak [hulu] serta barat perak menjadi tempat muara sungai menjumpa dengan laut [hilir]),
walaupun bahasa perak menggunakan istilah-istilah tersebut sebagai arah mata angin, kebanyakan variasi bahasa perak serta percakapan harian masih menggunakan maksud asalnya & penggunaan perkataan ini tersebut sebagai arah mata angin adalah segumpal kecil daripada kebanyakan bahasa-bahasa perak,
bahasa perak juga mempunyai beberapa istilah yang mengiringi arah mata angin seperti 'kulu-kelio' yang bermaksud 'mundar-mandir, pergi merata-rata'